Assalamualaikum wr. wrb
Dalam riuh rendah pasal kenaikan harga barang di sana sini, ada beberapa tips yang boleh kita sebagai ibu/bapa bole cuba apply, cuma nak berjaya...mesti RAJIN je. Klau awal2 dah cakap; ooo..tak de masa, ooo..penat, ooo..malas...then, tak payah bacalah topik ni. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan?
1. Beli bahan2 masakan seminggu sekali. Pergi pasar pagi2. Untuk ikan, mintak tolong penjual tolong potong/siangkan. Ayam dah tentu siap dipotong.
2. Sampai je rumah terus bersihkan ayam/ikan/udang/sotong dan bahagi2kan dalam zipper bag/bekas untuk sekali masak je. Simpan dalam freezer.
3. Sayuran boleh dipotong dibersihkan & dibalut dengan suratkhabar, simpan dalam plastik bag untuk sekali masak. Begitu juga sayur macam lobak merah, kobis, kacang panjang boleh dipotong & sipan dalam bekas plastik, simpan dalam fridge tempat sayur. termasuklah daun bawang/sup, daun kari, daun, limau purut, daun kesom dll. Jgn lupa beli daun salad, timun & tomato.
4. Cili kering dah siap dikisar
5. Sambil2 tengok Maharajalawak/Gegar Vaganza/ Mentor/ drama korea...bolehlah sambil tu kupas bawang merah/putih/halia/cili padi + kunyit untuk dikisar simpan dalam fridge.
6. Santan kotak
7. Kisar cili merah, belacan, limau/asam jawa, gula, garam untuk dibuat sambal belacan. Simpan dalam bekas plastik, dalam firdge
8. Sambal kicap (cili padi, bawang putih, garam, gula & cuka). kisar & simpan dalam fridge
Jadi...bahan2 asas dah siap. Sekarang terpulang pada kita samada nak masak untuk dinner atau untuk bekalan lunch.
Rangka resepi yang mudah dan cepat, contoh:
Isnin: nasi putih+kobis masak lemak putih & carrot + ikan goreng sambal/goreng kunyit + telur masin
Selasa: nasi putih + ayam sweet sour+ sayur campur udang
Rabu: nasi putih + ikan singgang + salad (daun salad, tomato, bawang, timun) + sambal belacan + ikan masin
Khamis: nasi putih + kari ayam + kacang panjang gorang udang kering + sambal belacan
Jumaat: nasi putih + ikan masak asam pedas + sayur goreng + sotong goreng kunyit
*sup ayam campur ubi kentang, carrot, celery + telur dadar + sambal kicap
*kari ikan + sayur goreng+ sambal belacan
Bole juga sesekali tukar masak pasta + salad.
Sambil basuh baju...sambil suami & anak2 mandi serta solat maghrib...sempat masak untuk dinner. Jadi jimat belanja & terjamin kebersihan.
Masak yang simple2, unless husband/wife memang dibesarkan cara makan lauk yang banyak. Tu resepi orang kampung je. 1 1/2 jam memang sempat. Ajar anak2 makan sayur. Yang suami lak...tolong2 la sidai kain ke, jaga anak ke. Kalau anak2 dah berumur 9tahun++..ajarlah mereka & suami sambil duduk tengok tv tunggu masa untuk dinner, lipat baju masing2 & susun dalam almari. Susun buku anak untuk esok atau ajar anak buat homework sementara isteri siapkan dinner. Klau anak2 dah berumur 10tahun++, baik lelaki/perempuan...ajar2 lah mereka masak yang simple2, masak nasi, goreng telur dadar/goreng ikan atau sediakan bahan2 masakan. Suami/isteri sama2 penat bekerja untuk cari rezeki sekeluarga. Boleh tak?
No comments:
Post a Comment