Thursday 11 December 2014

Berzakat

Assalamualaikum wr wb








Arini lambat sikit update sini sebab keluar sejak pagi...ke MAIJ - kaunter zakat & Pejabat Polis Trafik Johor. Pastu jalan2 cuci mata & pancing apa yang patut kat Komtar JB yang baru dibuka semula lepas buat renovation.  Lega sebab banyak premium outlet baru dibuka. Sepanjang 2 tahun pindah ke Johor & berulang-alik tiap2 bulan ke KL untuk follow-up dengan doktor di KPJ Damansara, aku make sure borong barang2 keperluan aku sebelum balik JB. Sekarang...tak payah susah ati lagi. Bila2 dah bole beli kat JB je. Cuma dalam  kompleks ni kurang  tempat nak hang out, makan2. Kat  Foodcourt pun banyak  kedai tak beroperasi lagi..so tak banyak pilihan. Cuma aku tak sempat nak ke kompleks sebelah - City Square..tengok dari luar macam ada premium oultet baru. Last year aku pegi...boring sket outlet2 kat situ ..macam kat Berjaya Times Square/Sg Wang. Tak banyak yang menepati kehendak aku.

Hujung tahun, ada pekerja yang mendapat bonus tahunan.  Dalam dok heboh bercuti; cuti2 Malaysia atau ke luar negara, jangan lupa..keluarkan la zakat pendapatan.  Untuk menyuburkan rezeki kita, disamping menjalankan tanggung jawab sebagai seorang Islam yang dah cukup umur, zakat ini juga dapat membantu golongan asnaf dalam kehidupan seharian mereka.  Tadi...ramai penerima zakat beratur sampai ke lif menunggu giliran mengambil bantuan - makanan & wang tunai.  Ada yang cacat anggota badan, berkerusi roda, warga emas, ibu2 tunggal dengan anak2 kecil, mualaf..sabar menanti . Sedih & kesian aku tengok.  Jangan risau duit akan berkurangan sebab Allah dah janji akan ganti balik....























Wednesday 10 December 2014

Majlis Perkahwinan - Berjimatlah.

Assalammualaikum wr wb





Dah beberapa kali aku utara kan pendapat aku dalam whatsap group dan masa borak2 bersama2 kawan2 dan dah beberapa kali jugaklah ada yang mentertawakan aku dengan melabelkan aku dengan berbagai2 label...paling tak dorang perli: au nak tengok anak ko kawin esok macamana....

Sape yag tak nak majlis kahwin meriah bak anak millionair dunia atau artis Malaysia yang rata2 majlisnya ditaja kan? Tapi persoalan yang paling utama ialah...tak sayang ke buang duit RM30K sekurang-kurannye & membazir untuk majlis 1 atau 2 hari tu? Tambahan, kebanyakkannya berhutang dengan bank untuk tujuann ni. Kalau buat hutang untuk beli rumah, tak pe juga...jadinye, kebanyakkan pasangan pengantin Melayu tak de rumah sendiri selepas kahwin sebab duit dah dihabiskan untuk majlis ni.  Tu belom masuk perabot rumah & peralatan letrik.  Bagi yang beringat membeli & mengumpul masa bujang, ok lah. tapi yang tak beringat? Contoh mesin basuh & fridge amat diperlukan bagi sebuah rumah kelamin kerana 11bulan selepas itu, 2 barang tadi menjadi keperluan selepas ada anak. Sudahnye, berhutang lagi dengan syarikat perabot & letrik,
Tu belom lg yang dulu naik motor, bila dah ada anak...kenalah beli keretakan, hutang lagi....

Senarai aku kat bawah tu mungkin akan menaikkan kemarahan wedding planner. Tapi niat aku untuk menjimatkan belanja dalam masa sukar ni.

Jadi kepada adik2 & ibu bapa yang kurag berkemampuan izinkan aku bagi pendapat:

1.  kalau bole gaji 1 tahun pertama, bahagiakanlah orangtua kita yang banyak berjasa kepada kita. Biar mereka merasa gaji kita yag mana mereka dah melaburan berpuluh2 ribu ringgit untuk pembelajaran kita. Lepas tu baru lah start menabung untuk kahwin (tak kira lelaki/perempuan). Jangan harapkan duit hantaran/ibubapa pe lagi adik beradik untuk kenduri kahwin kita.

2. Hantaran ikut kemampuan pihak lelaki & buat majlis ikut kemampuan kita juga. Jangan membeban kan.

3.  Barang hantaran untuk adat je, 3 berbalas 5 (kalau bole mas kahwin & barang makanan, tak payahlah nk meunjuk2 handbag, kasut, perfume bagai) buat sendiri lagi puas ati...tak membazir.

4.  Tak payahlah nak amik pre-wedding photo. Amik gambar masa majlis nikah & jamuan makan je.

5.  Tak payah ada pelamin, cukup sekadar satu tempat yang cantik utuk pengantin/keluarga/sedaramara/kawan2 bergamba kenangan. Backdrop kat meja pengantin bole hias cantik2 sikit.

6.  Pakai sepersalinan baju je...baju nikah terus ke jamuan makan degan mke-up yang simple (jimat masa juga sebab jangan tinggal solat masa majlis kahwin).

7.  Boleh tak kita tukar trend (ni bagi yang tinggal kat bandar)...buat majlis kahwin kat restoran2 sekadar 300-500 tetamu? Jemput sedara mara, rakan, ahli kariah masjid, surau & jiran terdekat saja? Perlu ke nak jemput sampai 1000 orang? Jangan hiraukan orang mengata yang penting kita tak berhutang masa nak menjamu jemputan. Kalau keluarga pasangan pengantin tinggal berdekatan, kongsi buat satu  majlis lagi bagus. Jngan lupa jemputlah anak2 yatim/org miskin/pelajar tahfiz untuk mencari keberkatan kenduri dengan syarat jangan membeza2kan makanan & tempat duduk mereka dengan tetamu lain.

8.  Lagi satu trend yang membazir, doorgift. Set nasi minyak untuk satu org paling murah RM9 +  doorgift paling murah RM5 satu. Jadi kos untuk satu orang tetamu je RM14 X 1000 = RM14,000.00 untuk makanan + doorgift. Kalau bole buat sendiri macam cupcake/apam polkadot lagi bagus, tapi tetap membabitkan kos... tak bagi doorgift boleh tak.

9.  Kalau bole jimatkan duit hantaran sebanyak RM3000 - RM5000, duit ni bolelah digunakan untuk membeli perabot & barang letrik untuk kegunaan pasangan pengantin baru nanti.  Tak payah berhutang.

10. Tak payah la ada karaoke, joget lambak bagai...sekadar zikir & nasyid ok lah dari laptop/radio. Jangan guna PA syatem yag kuat...akan mengganggu jiran yang sakit. tua & bayi.

Tu belom lagi termasuk pakej berbulan madu bagai. Lebih baik ziarah sedara-mara untuk mengeratkan silaturahim & memperkenalkan isteri (tapi budak2 sekarang, belom sah jadi suami/isteri asik berkepit & dah bertunggu tangga kat rumah tunang/gf/bf masing2. Dah tak de thrill nak tengok ahli keluarga baru)

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak bebelkan kat sini tapi rasanya cukuplah.  Ini cuma pendapat peribadi aku je & gambar diatas hanyalah sekadar hiasan, tak de kena mengena dengan artikel ni. Tepuk dada...tanya selera...






Tuesday 9 December 2014

Tips Jimat Belanja - Sajian Harian

Assalamualaikum wr. wrb



                                          Gambar hiasan dari norishaqiha.blogspot.com



Dalam riuh rendah pasal kenaikan harga barang di sana sini, ada beberapa tips yang boleh kita sebagai ibu/bapa bole cuba apply, cuma nak berjaya...mesti RAJIN je. Klau awal2 dah cakap; ooo..tak de masa, ooo..penat, ooo..malas...then, tak payah bacalah topik ni. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan?

1. Beli bahan2  masakan seminggu sekali. Pergi pasar pagi2. Untuk ikan, mintak tolong penjual tolong potong/siangkan. Ayam dah tentu siap dipotong.

2. Sampai je rumah terus bersihkan ayam/ikan/udang/sotong dan bahagi2kan dalam zipper bag/bekas untuk sekali masak je.  Simpan dalam freezer.

3. Sayuran  boleh dipotong dibersihkan & dibalut dengan suratkhabar, simpan dalam plastik bag untuk sekali masak. Begitu juga sayur macam lobak merah, kobis, kacang panjang boleh dipotong & sipan dalam bekas plastik, simpan dalam fridge tempat sayur. termasuklah daun bawang/sup, daun kari, daun, limau purut, daun kesom dll. Jgn lupa beli daun salad, timun & tomato.

4. Cili kering dah siap dikisar

5. Sambil2 tengok Maharajalawak/Gegar Vaganza/ Mentor/ drama korea...bolehlah sambil tu kupas bawang merah/putih/halia/cili padi + kunyit untuk dikisar simpan dalam fridge.

6.  Santan kotak

7. Kisar cili merah, belacan, limau/asam jawa, gula, garam untuk dibuat sambal belacan. Simpan dalam bekas plastik, dalam firdge

8.  Sambal kicap (cili padi, bawang putih, garam, gula & cuka). kisar & simpan dalam fridge

Jadi...bahan2 asas dah siap. Sekarang terpulang pada kita samada nak masak untuk dinner atau untuk bekalan lunch.

Rangka resepi yang mudah dan cepat, contoh:
Isnin:  nasi putih+kobis masak lemak putih & carrot + ikan goreng sambal/goreng kunyit + telur masin

Selasa: nasi putih + ayam sweet sour+ sayur campur udang

Rabu: nasi putih + ikan singgang + salad (daun salad, tomato, bawang, timun) + sambal belacan + ikan masin

Khamis: nasi putih + kari ayam + kacang panjang gorang udang kering + sambal belacan

Jumaat: nasi putih + ikan masak asam pedas + sayur goreng + sotong goreng kunyit

*sup ayam campur ubi kentang, carrot, celery + telur dadar + sambal kicap
*kari ikan + sayur goreng+ sambal belacan

Bole juga sesekali tukar masak pasta + salad.

Sambil basuh baju...sambil suami & anak2 mandi serta solat maghrib...sempat masak untuk dinner. Jadi jimat belanja & terjamin kebersihan.

Masak yang simple2, unless husband/wife memang dibesarkan cara makan lauk yang banyak. Tu resepi orang kampung je. 1 1/2 jam memang sempat. Ajar anak2 makan sayur.  Yang suami lak...tolong2 la sidai kain ke, jaga anak ke.  Kalau anak2 dah berumur 9tahun++..ajarlah mereka & suami sambil duduk tengok tv tunggu masa untuk dinner, lipat baju masing2 & susun dalam almari. Susun buku anak untuk esok atau ajar anak buat homework sementara isteri siapkan dinner.  Klau anak2 dah berumur 10tahun++, baik lelaki/perempuan...ajar2 lah mereka masak yang simple2, masak nasi, goreng telur dadar/goreng ikan atau sediakan bahan2 masakan. Suami/isteri sama2 penat bekerja untuk cari rezeki sekeluarga. Boleh tak?



Monday 8 December 2014

Mentor Legend 2014 @TV3



2 minggu berturut2 kita telah saksikan pemilihan protege untuk Mentor Legend 2014. Mulanya aku malas nak tengok sebab takut kecewa  macam dengan peserta2  AF  sebelum ni. Tapi gagah juga tengok...hasilnya...memang bulu roma meremang bila dengar sume protege nyanyi.  Dah lama Malaysia ketandusan pelapis yang memiliki suara2 macam ni. Selama ni aku dok tengok Indonesia Idol, Indonesia's Got Talent dll..memang kagum dengan bakat2 yang dorang ada..pilih bukan sebab cantik je..tapi bole nyanyi dan main alat muzik & cipta lagu. Bakat yang bole pergi jauh, bakat yang bole jual & bertahan jika dibimbing,  mempunyai management team yang bagus serta lagu yag tepat. Barulah tak malu kat negara2 jiran kalau nak nyanyi kat pentas yang lebih besar seperti Anugerah Planet Muzik atau di Anugerah Industri Muzik.

Betul..kalau akau jadi Dayang/Mas Idayu/Ella/Zainal Abidin...memang susah nak pilih mana satu. Memang terbaik. Pepon....Congrats & All the best buat sume protege & mentor.

Senarai penuh Mentor & protege:

Amy Search   -  Sarah
Ajai                -  Fahmi
Dayang           -  Azmil
Ella                 -  Aina
Mas Idayu       -  Tuah
Zainal Abidin  -  Nadeera


Sunday 7 December 2014

Nasi Briyani @ Briyani Hyderabad, Kuarters TNB, Kempas JB

Assalamualaikum wr wb

Hari Ahad biasanya dapur tak buka, selalu lunch kat luar sambil gi weekly shopping. Since lauk & sayur banyak lagi dalam fridge, agak2 cukup untuk 1 week, so tak payah beli lagi. Sebab leka mengemas rumah dan membasuh baju (JB hujan je sekarang) tak sedar dah dekat time zohor. Tu pun kemeja kerja husband hantar dobi untuk digosok je..tak larat.   Dah beberapa hari husband mentioned nasi beryani kat kuarters TNB, Kempas sedap. Arini kitaorang ronda-ronda cari makan kat sini.  Dari rumah ikut highway EDL-JB-KL dekatlah even on the way tadi hujan lebat. Sampai sana, orang tak ramai sebabnya? Dah pukul 3 ptg...Anyway, dengan service yang cekap & mesra..tak terasa lak patutnya waktu tu sepatutya time minum petang...hihihi. Yang ada lagi cuma set nasi briyani ayam massala & lamb shank je.  Lain semua dah abis! Banyaknya nasi, tau order satu je.  Memang terbaik! Balik, bungkus nasi & lauk yang tak habis tu & beli acar buah (nak try).  Next time bole datang lagi sini.






                                  Set nasi briyani (nasi, papadom, jelatah & kuah dalca) & lamb shank briyani


Sebelum masuk simpang ke restoran ni tadi ternampak satu restoran masakan kampung - Restoran Kampung Danga.  Macam best je, sebab kalau masakan kampung sure ada ulam-ulaman kegemaran aku!  So...tunggu next week, kita try sini lak!! Jalan2 cari makan...

Friday 5 December 2014

Scrub/Lulur Untuk Memutihkan, Menghalus & Melembapkan Kulit Secara Alami

Assalamualaikum wr wb & Salam Jumaat Yang Mulia..

Hari ni kita kongsi rahsia scrub/lulur yang saya amalkan sejak tahun 1992. Memandangkan kulit saya sangat sensitif  saya cuba petua yang diberikan oleh ex-officemate sewaktu saya bekerja di Palm Groove Beach Resort Cherating (sekarang dikenali sebagai The Legend Resort Cherating). Memandangkan saya kerja kat hotel, jadi senanglah untuk dapatkan buntut timun ni, pesan kat kawan yang kerja bahagian cold kitchen minta asingkan timun tu...daripada dibuang. Time tu kurang sangat ada spa2 ni & jauh dibandar...tambahan gaji pun tak banyak. Saya buat ni untuk persiapan hari pertunangan. Mestilah kita nak kelihatan cantik & berseri2 kan? Cuma nak dapat result yang bagus...kenalah rajin & sabar ye?

Scrub/lulur ni bole digunakan pada muka dan seluruh badan, especially untuk menghilangkan warna gelap di kawasan pelipat2 badan. Bahan scrub/lulur  ni letak dalam bekas & simpan dalam fridge bole tahan hingga 4 hari. Digosok guna bahan scrub/lulur selepas badan bersih dari sabun semasa mandi dan tunggu dalam 10min. Lepas agak kering, gosok lagi baki bahan scrub/lulur yag melekat kat badan/muka tadi. Bilas dengan air bersih.

Bahan2nya:



1/2 biji lemon
buntut timun (bahagian yang pahit)
1 biji carrot yang sederhana besar
3 sudu besar yogurt neutral (tak de perisa)

Timun & carrot diparut (klau di blend...nanti berair sangat).  Gaulkan bersama  air lemon & yogurt hingga sebati. Simpan dalam fridge selama 2 jam sebelum digunakan.

Selamat  mencuba!



Thursday 4 December 2014

Tauhu Bunga Sumbat Seadanya

Assalamualaikum wr wb..

Tetiba petang ni terasa nak makan tauhu bunga sumbat. Tengok dalam fridge bahan2 ada, so start siapkan bahan2. Mungkin ada diantara kita selalu masak tauhu ni, senang je nak buat time cuti sekolah utuk anak2 kan? Kalau ada lebih bole simpan dalam fridge untuk masak sup sayur lak.

Bahan-bahannya:
3 pkt tauhu goreng 4segi kecil (kosong dalam) = 27 biji
*di potong X diatasnya, diterbalikkan dengan perlahan2 & hati2, isi tauhu dikikis (boleh dicampur dalam bahan2 isi tauhu kemudian)

Bahan2 untuk inti tauhu:
isi ikan tenggiri/ayam kisar (kalau ayam kisar dalam 2 keping=1 pkt)
lobak merah di parut
sengkuang diparut
cili merah/lada benggala di potong dadu kecil
daun parsely dicincang halus
1 labu bawang merah besar di potong dadu
*boleh  campur sayur2 lain ikut kesukaan masing2: celery, mushroom, ubi kentang, tauge dll
1 biji telur
serbuk perasa ayam/garam
serbuk lada putih/sulah
* jangan lupa campurkan isi tauhu tadi dan campur & gaul kesemua bahan2 inti.

Isi kan tauhu dengan bahan2 diatas dan goreng dengan api perlahan.

p/s: bahan2 inti tauhu ni juga bole di buat bebola dan masukkan kedalam sup sayur untuk lunch/dinner.

Hidangkan dengan cili sos.

Selamat mencuba!