Wednesday, 10 December 2014

Majlis Perkahwinan - Berjimatlah.

Assalammualaikum wr wb





Dah beberapa kali aku utara kan pendapat aku dalam whatsap group dan masa borak2 bersama2 kawan2 dan dah beberapa kali jugaklah ada yang mentertawakan aku dengan melabelkan aku dengan berbagai2 label...paling tak dorang perli: au nak tengok anak ko kawin esok macamana....

Sape yag tak nak majlis kahwin meriah bak anak millionair dunia atau artis Malaysia yang rata2 majlisnya ditaja kan? Tapi persoalan yang paling utama ialah...tak sayang ke buang duit RM30K sekurang-kurannye & membazir untuk majlis 1 atau 2 hari tu? Tambahan, kebanyakkannya berhutang dengan bank untuk tujuann ni. Kalau buat hutang untuk beli rumah, tak pe juga...jadinye, kebanyakkan pasangan pengantin Melayu tak de rumah sendiri selepas kahwin sebab duit dah dihabiskan untuk majlis ni.  Tu belom masuk perabot rumah & peralatan letrik.  Bagi yang beringat membeli & mengumpul masa bujang, ok lah. tapi yang tak beringat? Contoh mesin basuh & fridge amat diperlukan bagi sebuah rumah kelamin kerana 11bulan selepas itu, 2 barang tadi menjadi keperluan selepas ada anak. Sudahnye, berhutang lagi dengan syarikat perabot & letrik,
Tu belom lg yang dulu naik motor, bila dah ada anak...kenalah beli keretakan, hutang lagi....

Senarai aku kat bawah tu mungkin akan menaikkan kemarahan wedding planner. Tapi niat aku untuk menjimatkan belanja dalam masa sukar ni.

Jadi kepada adik2 & ibu bapa yang kurag berkemampuan izinkan aku bagi pendapat:

1.  kalau bole gaji 1 tahun pertama, bahagiakanlah orangtua kita yang banyak berjasa kepada kita. Biar mereka merasa gaji kita yag mana mereka dah melaburan berpuluh2 ribu ringgit untuk pembelajaran kita. Lepas tu baru lah start menabung untuk kahwin (tak kira lelaki/perempuan). Jangan harapkan duit hantaran/ibubapa pe lagi adik beradik untuk kenduri kahwin kita.

2. Hantaran ikut kemampuan pihak lelaki & buat majlis ikut kemampuan kita juga. Jangan membeban kan.

3.  Barang hantaran untuk adat je, 3 berbalas 5 (kalau bole mas kahwin & barang makanan, tak payahlah nk meunjuk2 handbag, kasut, perfume bagai) buat sendiri lagi puas ati...tak membazir.

4.  Tak payahlah nak amik pre-wedding photo. Amik gambar masa majlis nikah & jamuan makan je.

5.  Tak payah ada pelamin, cukup sekadar satu tempat yang cantik utuk pengantin/keluarga/sedaramara/kawan2 bergamba kenangan. Backdrop kat meja pengantin bole hias cantik2 sikit.

6.  Pakai sepersalinan baju je...baju nikah terus ke jamuan makan degan mke-up yang simple (jimat masa juga sebab jangan tinggal solat masa majlis kahwin).

7.  Boleh tak kita tukar trend (ni bagi yang tinggal kat bandar)...buat majlis kahwin kat restoran2 sekadar 300-500 tetamu? Jemput sedara mara, rakan, ahli kariah masjid, surau & jiran terdekat saja? Perlu ke nak jemput sampai 1000 orang? Jangan hiraukan orang mengata yang penting kita tak berhutang masa nak menjamu jemputan. Kalau keluarga pasangan pengantin tinggal berdekatan, kongsi buat satu  majlis lagi bagus. Jngan lupa jemputlah anak2 yatim/org miskin/pelajar tahfiz untuk mencari keberkatan kenduri dengan syarat jangan membeza2kan makanan & tempat duduk mereka dengan tetamu lain.

8.  Lagi satu trend yang membazir, doorgift. Set nasi minyak untuk satu org paling murah RM9 +  doorgift paling murah RM5 satu. Jadi kos untuk satu orang tetamu je RM14 X 1000 = RM14,000.00 untuk makanan + doorgift. Kalau bole buat sendiri macam cupcake/apam polkadot lagi bagus, tapi tetap membabitkan kos... tak bagi doorgift boleh tak.

9.  Kalau bole jimatkan duit hantaran sebanyak RM3000 - RM5000, duit ni bolelah digunakan untuk membeli perabot & barang letrik untuk kegunaan pasangan pengantin baru nanti.  Tak payah berhutang.

10. Tak payah la ada karaoke, joget lambak bagai...sekadar zikir & nasyid ok lah dari laptop/radio. Jangan guna PA syatem yag kuat...akan mengganggu jiran yang sakit. tua & bayi.

Tu belom lagi termasuk pakej berbulan madu bagai. Lebih baik ziarah sedara-mara untuk mengeratkan silaturahim & memperkenalkan isteri (tapi budak2 sekarang, belom sah jadi suami/isteri asik berkepit & dah bertunggu tangga kat rumah tunang/gf/bf masing2. Dah tak de thrill nak tengok ahli keluarga baru)

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak bebelkan kat sini tapi rasanya cukuplah.  Ini cuma pendapat peribadi aku je & gambar diatas hanyalah sekadar hiasan, tak de kena mengena dengan artikel ni. Tepuk dada...tanya selera...






No comments:

Post a Comment