Assalamualaikum wr wb & Salam Jumaat Yang Mulia..
Hari ni kita kongsi rahsia scrub/lulur yang saya amalkan sejak tahun 1992. Memandangkan kulit saya sangat sensitif saya cuba petua yang diberikan oleh ex-officemate sewaktu saya bekerja di Palm Groove Beach Resort Cherating (sekarang dikenali sebagai The Legend Resort Cherating). Memandangkan saya kerja kat hotel, jadi senanglah untuk dapatkan buntut timun ni, pesan kat kawan yang kerja bahagian cold kitchen minta asingkan timun tu...daripada dibuang. Time tu kurang sangat ada spa2 ni & jauh dibandar...tambahan gaji pun tak banyak. Saya buat ni untuk persiapan hari pertunangan. Mestilah kita nak kelihatan cantik & berseri2 kan? Cuma nak dapat result yang bagus...kenalah rajin & sabar ye?
Scrub/lulur ni bole digunakan pada muka dan seluruh badan, especially untuk menghilangkan warna gelap di kawasan pelipat2 badan. Bahan scrub/lulur ni letak dalam bekas & simpan dalam fridge bole tahan hingga 4 hari. Digosok guna bahan scrub/lulur selepas badan bersih dari sabun semasa mandi dan tunggu dalam 10min. Lepas agak kering, gosok lagi baki bahan scrub/lulur yag melekat kat badan/muka tadi. Bilas dengan air bersih.
Bahan2nya:
1/2 biji lemon
buntut timun (bahagian yang pahit)
1 biji carrot yang sederhana besar
3 sudu besar yogurt neutral (tak de perisa)
Timun & carrot diparut (klau di blend...nanti berair sangat). Gaulkan bersama air lemon & yogurt hingga sebati. Simpan dalam fridge selama 2 jam sebelum digunakan.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment