Assalamualaikum wr. wb.
Semalam masa tunggu hp diservice, sempatlah membaca beberapa buah akhbar berbahasa Melayu & Inggeris. Saya amat tertarik dengan satu artikel berkenaan aktiviti anak2 kita sewaktu cuti sekolah hujung tahun yang panjang ni, bagi keluarga yang kurang berkemampuan & tinggal di bandar.
Saya ingin memohon maaf terlebih dahulu kepada wartawan/penulis artikel berkenaan sebab tak dapat nak mengingati nama beliau dan akhbar berkenaan. Saya hanya membeli suratkhabar Utusan & Berita Harian, selebihnya..suratkhabar Metro, Kosmo & Star saya baca di Service Center semalam. Artikel beliau tak de dalam suratkhabar yang saya beli.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau. Bagi keluarga yang berpendapatan sederhana/miskin, anak ramai & kampung halaman jauh yang tidak mampu untuk membawa anak2 bercuti atau menghadiri kem2 motivasi untuk mengisi masa lapang anak2 terutamanya bagi yang tinggal di rumah2 pangsa di bandar2. Anak2 hanya tinggal dirumah sehari suntuk apabila ibubapa keluar bekerja. Kem2 ni bagus bagi membentuk sahsiah dan jati diri anak2 kita dan siapa yang tak terigin untuk pergi ke kem motivasi yang banyak aktiviti rohani & jasmani kan? Tapi berapa ramai di kalangan ibubapa yang mampu untuk menhantar anak2 mereka jika mempunyai anak lebih daripada 2 orang? Kata la umur anak dari 15, 13, 10, 8 dan 6 tahun. Yuran untuk seorang RM150 X 4? Jumlah ni adalah untuk barang dapur selama 1 bulan untuk dihabiskan selama 3 hari 2 malam.
Bagi mengelakkan anak2 ini melepak kat cyber2 cafe, berkawan dengan kawan yang tak sepatutnya selain boleh terjerumus kepada aktiviti yang tak sihat, saya ingin memberi beberapa idea & juga idea Ustaz Kazim Elias dalam ceramah beliau, kalau2 bole diguna pakai untuk aktiviti anak2 kita involve dengan masyarakat setempat:
1. Aktiviti melibatkan ketua kampung, penghulu, pihak surau/masjid, polis, bomba, mahasiswa/siswi yang sedang bercuti, YB kawasan, penduduk yg mempunyai kemahiran seperti tukang masak, tukang jahit, artis, jururawat/doktor, wartawan, atau sesiapa yg bole berkongsi kemahiran/ ilmu/pengalaman, DBKL/Majlis daerah, PBSM, pakar IT, ahli muzik & pihak pengurusan sekolah terdekat (sekolah untuk tidur/aktiviti)
2. Memerlukan derma ikhlas dari jemaah & masyarakat setempat untuk makanan, minuman, barang2 keperluan aktiviti dan sedikit token kepada penceramah. Aktiviti & derma ni hendaklah dirangka & mulakan kan sejak awal tahun lagi. Selain derma, bole juga buat jualan bazaar dikawasan/masjid untuk menambah dana.
3. Cadangan:
-Kem motivasi di buat disurau2/masjid2 atau sekolah pada hari Jumaat-Ahad.
-Aktiviti : solat jumaat, qiamulail, mengaji, berzanji, berselawat, cara2 solat, mandi jenazah,ceramah anak soleh, team building (indoor), games, tuisyen & ceramah motivasi (mahasiswa/siswi), cara cegah kebakaran, cegah diculik, najis dadah, sesi memasak basic & keselamatan didapur (dapur gas - bole try mintak sponsor syarikat gas), kemahiran hidup, menjahit, klinik bolasepak/netball, menjaga kesihatan/kebersihan diri/gigi, melukis, gotong royong, CPR, IT, kompang dll. dalam suasana yang santai.
4. Aktiviti ni bukan hanya utk 3 hari 2 malam je, bagi klinik bolasepak/netball/menjahit, mengaji, berzanji. memsak, kemahiran hidup, IT, kraftangan, tuisyen, kompang, bermain gitar dll bole dilakukan pada tetiap minggu.
5. Makanan minuman, bole disediakan oleh ajk masjid/surau..tapi kalau ada tauke2 kedai makan/restoran nak sponsor anak2 ini lagi bagus kan.
6. Walaupun dibandar2 menggunakan khidmat catering bila ada kenduri kendara, pe kata jika ada kenduri-kendara dikawasan perumahan..kita libatkan anak2 yang remaja dengan masyarakat dalam aktiviti rewang? Tuan rumah berilah sedikit sumbagan pada mereka untuk duit poket dan penat lelah...mesti dorang suka sebab dapat cari duit poket untuk beli kasut/bag sekolah baru!
7. Membina jati diri, disiplin & belajar berkomunikasi/bermasyarakat.
8. Boleh tak di kampung2 atau kawasan pertanian di Janda Baik/ Cameron Highlands/ Selangor/Pantai timur buat program anak angkat semasa cuti sekolah. Berapa lama? terpulang. Dedahkan anak2 ini dengan kehidupan dikampung, berkebun, bersawah, menoreh getah, berternak, ke ladang kelapa sawit, kehidupan nelayan dan petani untuk merasai suasana yang tidak ada di bandar.
Saya rasa kasihan dengan anak2 ini kerana saya dapat rasakan betapa bosannya hanya duduk dirumah sepanjang cuti sekolah sedangkan sebahagian sedara-mara atau kawan2 berseronok bercuti/menghadiri kem. Semua kanak2 mempunyai hak untuk bergembira dengan aktiviti yang berfaedah. Ibubapa yang kurang berkemampuan tidak dapat memberikan kegembiraan ini kerana kekangan kerja untuk mencari sesuap nasi & persiapan untuk musim persekolahan baru, Pe kata kita warga masyarakat, mahasiswa/siswi menghulurkan sumbangan/tenaga/idea bagi menolong "menjaga" anak2 harapan masa depan kita daripada terjerumus kepada aktiviti yang tidak sihat sepanjang cuti sekolah ini? Tapi kalau ada dermawan/hartawan yang ingin menempah saham akhirat...sponsor saja 3-4 org anak2 yatim/miskin/mualaf menghadiri kem2 motivasi ini...boleh kan?
Idea2 diatas hanyalah pandangan peribadi saya sahaja, sekadar berkongsi rasa.
* gambar: sekadar hiasan